Kelebihan & Penggunaan Teh Hijau
Teh hijau mempunyai manfaat kepada tubuh badan manusia. Oleh itu teh hijau sudah tidak asing lagi dalam rutin untuk menjaga kecantikan tubuh dan kulit kerana kandungan antioksidan dalam teh tersebut. Lihat apa yang anda boleh lakukan dengan teh hijau agar anda juga mendapat manfaat darinya.
- Elok diminum begitu sahaja
Adakah anda peminat teh? Kalau ya, anda harus mencuba teh hijau kerana teh hijau bukan sahaja sedap diminum tetapi memberi manfaat kepada kesihatan terutama kesihatan kulit anda. Jika untuk kesihatan cuba minum teh hijau tanpa tambahan gula tetapi tambah kepingan lemon dan madu untuk lebih rasa. Teh hijau juga membantu meningkatkan metabolism tubuh badan secara tidak langsung membantu anda menurunkan berat badan. Jika anda menyukai teh hijau yang dibancuh bersama susu, pastikan tidak terlalu manis kerana manis yang berlebihan pasti memberi kesan buruk kepada kesihatan.
2. Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
Teh hijau juga membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata anda. Caranya ambil lebihan uncang teh yang telah anda gunakan dan simpan selama 5 minit di dalam peti. Letakkan uncang teh yang telah disejukkan tersebut di bawah mata atau di atas mata anda. Pejam mata dan rehat sebentar. Hasilnya lingkaran gelap di bawah mata akan berkurangan dan mata lebih bersinar. Lakukan sekerap yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Selain itu, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi.
3. Scrub teh hijau
Tahukan anda teh hijau juga boleh digunakan sebagai scrub buatan sendiri? Resepi pertama anda boleh gunakan ialah teh hijau itu sendiri tanpa bahan tambahan. Keluarkan teh hijau dari uncangnya dan urutkan di seluruh wajah dan badan. Resepi kedua pula campurkan teh hijau bersama madu. Kedua-dua bahan ini mempunyai bahan yang bermanfaat untuk kulit anda. Anda juga boleh mengolah resepi scrub anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi kesukaan anda. Kesannya kulit anda akan terasa lebih lembut dan bersih. Jangan scrub jika kulit anda berjerawat teruk kerana bimbang memberi iritasi kepada kulit. Rawat kulit anda dengan lembut.
Walaupun teh hijau mempunyai seribu satu manfaat tetapi ambil tahu mengenai kondisi kulit anda. Ada segelintir daripada anda tidak sesuai menggunakan teh hijau dalam rutin kecantikan. sebelum mencuba sesuatu yang baru pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kulit anda.
Adakah anda mengetahui kegunaan lagi bagi teh hijau? Kongsikan bersama di ruangan komen di bawah.