Kenapa Peter Pan Tidak Mahu Menjadi Dewasa?

SOFIEADIE
3 min readJun 6, 2016

--

Semasa kita kecil dahulu, kita selalu merasakan bahawa menjadi dewasa adalah suatu perkara yang paling menyeronokkan kerana dapat hidup bebas tanpa kawalan dan pengawasan orang lain. Tetapi, apabila sudah dewasa, kita rasakan menjadi kanak-kanak adalah perkara paling seronok dalam hidup. Kita rasa, ada bagusnya jika dapat menjadi seperti peterpan. Adakah anda pernah merasakan perasaan sedemikian juga? Berikut adalah antara sebab, mengapa Peter Pan tidak mahu menjadi dewasa.

1- Dunia dewasa penuh risiko

Menjadi dewasa adalah satu risiko kerana semua tanggungjawab berada di bahu kita. Segala keputusan yang dibuat jua perlu berhati-hati. Seperti keputusan samada mahu membeli kereta atau rumah dahulu, sambung pelajaran atau berkahwin, dan lain lagi. Semuanya melibatkan untuk kita membuat keputusan. Tersilap pilih, meranalah kita.

2- Emosi tidak stabil

Perkara ini sering terjadi kepada kaum hawa. Ia melibatkan dengan hormone yang agak sukar untuk dikawal dengan akal waras. Kadang-kadang sebagai wanita, kita sendiri pun boleh hilang pertimbangan apabila musimnya. Apabila hal ini berlaku, pelbagai masalah lain akan muncul.

3- Duit, duit, duit, semuanya duit!

Dunia dewasa semuanya melibatkan duit. Dari awal pagi hinggalah ke tengah malam, semua duit. Berulang-ulang hingga ke tua. Kita terpaksa bekerja keras kerana mahu menampung orang jagaan kita. Selain daripada itu, seluruh perkara harian kita hampir semuanya melibatkan duit. Aduh, pening kepala!

4- Perangkap dunia dewasa

Semua kanak-kanak telah termasuk dalam perangkap dunia orang dewasa semasa mereka masih kecil. Apa yang mata kanak-kanak lihat semuanya tidak seindah seperti yang mereka sangkakan. Mereka masih belum tahu yang sebenarnya orang dewasa tidak pernah tahu apa yang mereka lakukan. Kebiasaannya mereka hanya ikut kehendak arus sahaja tanpa berdolak dalih. Alasannya, takut mengambil risiko! Balik kepada nombor satu pula.

5- Waktu bersama keluarga berkurang

Bergelar dewasa, memang tidak mempunyai kesempatan yang panjang untuk berseronok seperti zaman kanak-kanak. Kerana kita terlalu sibuk dengan dunia kerjaya, mengejar impian, membina legasi dan pelbagai lagi sehinggakan keluarga turut terabai. Walaupun menjadi ketua di tempat kerja, reputasi juga perlu dijaga. Tekanan di tempat kerja dibawa balik menyebabkan hilang keseronokan untuk berehat. Perkara ini menyebabkan waktu bersama keluarga sangat terhad. Tanpa kita sedar, keluarga kita sudah mula renggang dan berjauh hati dengan kita.

Adakah anda teringin kembali ke zaman kanak-kanak anda? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--