Tips Mengharungi Tahun 2017

SITI SORFIENA SYASHA
ZCOOP Malaysia
Published in
3 min readJan 16, 2017

Anda sering mendengar bahawa tahun 2017 adalah tahun yang paling sukar untuk mereka di Malaysia kerana tekanan hidup akan terus meningkat dan peluang pekerjaan semakin berkurangan. Oleh itu untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku, mari kita baca perkara yang tidak patut anda lakukan pada tahun ini.

1. Mohon Kad Kredit

Sekiranya anda bercadang untuk membuat permohonan kad kredit, berhenti dan elakkan daripada berbuat demikian. Berhutang bukannya jalan yang sesuai untuk anda lakukan pada tahun 2017. Terutamanya jika anda belum mempunyai pekerjaan yang stabil dan tidak mampu untuk menyelesaikan hutang dalam masa yang singkat. Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sahaja tanpa menggunakan atau memikirkan tentang kad kredit.

2. Tidak Urus Kewangan Bulanan dengan betul

Pada tahun 2017, pastikan anda membuat pengurusan kewangan dengan betul dan mengira semua aliran wang yang keluar dan masuk setiap bulan dan elakkan daripada membeli atau berbelanja melebihi had kemampuan. Jika ada bil- bil bulanan yang anda kurang gunakan atau tidak perlukan seperti langganan hiburan dan lain-lain sila batalkan.

3. Elakkan dari berkahwin menggunakan Pinjaman Peribadi

Jika anda ingin berkahwin pada tahun 2017, elakkan diri daripada menggunakan atau memohon pinjaman peribadi. Berkahwin biar secara ala kadar dan tanpa bingung memikirkan hutang kemudian hari. Ini juga dapat mengelakkan daripada kebahagiaan rumah tangga baru anda kucar kacir kerana hutang. Hidup dengan lebih bahagia bersama pasangan anda yang akan memahami anda. Bincang bersama si dia dan merancang bersama.

4. Berbelanja berlebihan dan tiada simpanan

Mula menyimpan hari ini sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan dan elakkan berbelanja dengan perkara-perkara yang tidak perlu dan tidak berfaedah. Jangan terlalu mengikut budaya mereka yang lebih berkemampuan daripada diri anda. Sekiranya mahu membeli kereta contohnya, biarlah mengikut kemampuan gaji bulanan anda. Untuk mereka yang terlalu meminati fesyen online, biarlah membeli apa yang perlu sahaja. Mulakan jualan pakaian lama untuk mengumpul duit lebih. Bertindak bijak walaupun masih mahu kek

5. Jangan Menganggur

Mahu mencari pekerjaan dalam bidang yang anda minati sekarang memang sukar oleh itu dinasihatkan agar cuba mohon sebanyak mungkin jawatan yang berkelayakan untuk anda dan cuba pastikan anda tidak menganggur pada tahun 2017. Layari laman web yang menawarkan pekerjaan kosong tapi jangan pula tertipu dengan laman web yang menawarkan kerja lumayan. Pastikan anda layari laman web yang sah sahaja seperti Jobstreet.

Perkara diatas adalah perkara yang harus anda elakkan dan harap-harap ia boleh membantu anda sedikit sebanyak untuk terus mara ke tahun 2018 dengan jayanya. Jangan lupa untuk tInggalkan cadangan atau tips anda di bawah.

--

--