Tips Pemilihan Warna Pakaian Mengikut Rona Kulit Anda

FARAH
3 min readJun 21, 2016

--

Pemilihan busana amat penting bagi kaum hawa. Kaum hawa akan mengambil sedikit masa dalam membuat pilihan busana jika beliau berada di sesebuah butik terkemuka mahupun shopping secara atas talian.

Antara perkara yang amat di titik beratkan oleh kaum hawa semasa pemilihan busana adalah seperti, material kain yang di gunakan, keselesaan apabila memakainya, corak yang menghiasi busana tersebut mahupun warna busana itu sendiri.

Bila berbicara soal pemilihan warna busana ini, ianya juga dikira amat penting bagi kaum wanita. Ini kerana jika mereka tersalah memilih warna busana mengikut tona kulitnya, dia tidak berasa selesa semasa mengenakan busana tersebut pada hari itu.

Di sini ada beberapa tips untuk anda supaya tidak salah dalam membuat pilihan baju mengikut tona kulit anda. Dengan cara ini juga, anda akan nampak lebih elegan dari biasa.

1. Kulit berona kuning langsat

Bagi mereka yang mempunyai tona kulit kuning langsat, anda digalakkan untuk memakai baju yang berunsurkan warna tropika seperti warna kuning, jingga, biru awan, hijau, merah dan warna — warna tropika yang lain. Dengan menggunakan warna — warna ini, ianya membuatkan anda tampak lebih elegan dan ayu.

Anda dinasihatkan juga supaya tidak memilih pakaian yang berunsurkan warna gelap seperti hitam, coklat, dan juga warna yang berunsur emas. Ini kerana ianya dapat membuatkan kulit anda tampak lebih kusam dan tidak bermaya.

2. Kulit berona putih

Bagi mereka yang mempunyai kulit berona putih pula, ini merupakan bonus bagi anda kerana anda boleh memilih apa sahaja warna pakaian untuk digayakan. Contoh warna pakaian yang sangat sesuai dengan rona kulit anda adalah warna merah muda atau warna yang berunsur lembut ‘pastel’.

Malah jangan memilih warna yang terlalu lembut serta warna putih yang menjadi pilihan anda. Ianya, boleh membuatkan kulit wajah anda kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk memilih pakaian yang berona gelap seperti hitam atau coklat tua, kerana ianya membuatkan anda tampak lebih menawan dan memberi fokus kepada kecerahan kulit anda.

3. Kulit berona sawo matang atau hitam manis

Bagi mereka yang mempunyai kulit yang berona sawo matang atau hitam manis, anda di galakkan untuk memakai pakaian seperti warna ungu, merah hati, merah jambu dan warna ‘navy’. Ini kerana, dengan warna — warna sebegini, si pemakai akan berasa lebih selesa dan lebih bergaya untuk ke sesebuah majlis mahupun acara.

Anda tidak digalakkan untuk memilih warna olive, merah, coklat tua dan warna hitam kerana anda akan kelihatan kusam dan ianya menghilangkan seri wajah anda.

Diharapkan tips ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan warna baju yang tepat mengikut rona kulit anda. Hal ini kerana, pemilihan warna baju yang tepat dapat membuatkan anda kelihatan lebih bergaya dalam menggayakan busana pilihan anda. Kongsikankan idea-idea anda bagi membantu wanita di luar sana di dalam ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--