Tips Penjagaan Kulit Sensitif

Melissa Muklis
3 min readOct 27, 2016

--

Menjaga kulit muka sensitif merupakan satu pengalaman yang agak mencabar dan memerlukan pemerhatian yang baik. Kadang-kadang terasa remeh bila kulit mula meragam akibat tidak sesuai dengan sesuatu produk yang digunakan, perubahan cuaca dan pemakanan yang tidak teratur. Pastinya kita berasa cemburu melihat kawan-kawan lain yang mempunyai kulit normal dan tidak bermasalah, bukan? Namun begitu, tidak mustahil kita tidak dapat tampil dengan kulit yang ‘flawless’ seperti mereka sekiranya kita dapat mengatasi masalah ini dengan baik.

Mari lihat beberapa tips penjagaan kulit sensitif yang boleh diamalkan bagi mendapatkan kulit halus mulus idaman anda.

1. Elakkan Penggunaan Produk Berlebihan

Dalam menjaga kulit muka, pastinya kita teruja untuk mencuba pelbagai produk yang popular di pasaran, kan? Namun, penggunaan produk yang berlebihan akan lebih memudaratkan bagi si kulit sensitif. Cukuplah sekadar menggunakan produk-produk asas dalam penjagaan muka seperti pencuci muka (gentle cleanser), pelembab (moisturizer) dan krim kecantikan yang mengandungi pelindung UV (sunscreen). “Less is more”, that’s the point.

2. Pilih Kosmetik Yang Sesuai

Mempunyai kulit sensitif tidak bererti anda perlu mengelak penggunaan kosmetik keseluruhannya. Siapa tidak ingin untuk tampil cantik dan menawan dengan solekan? Pemilihan kosmetik yang selamat adalah pilihan yang bijak. Produk yang mengandungi bahan pengawet, pewangi dan pewarna tiruan boleh menyebabkan allergi serta iritasi.

3. Rujuk Pakar Kulit (Dermatologist)

Tidak salah sekiranya kita mencari maklumat dan mengkaji sendiri info-info penjagaan kulit yang terdapat di internet kerana ia lebih mudah dan pantas. Namun, rawatan dan nasihat dari pakar juga perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi kulit sensitif yang sudah tentunya memerlukan penjagaan yang lebih mendalam.

4. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Sesetengah orang mungkin tidak menitikberatkan isu pengambilan makanan dalam penjagaan kulit muka. Namun, harus diketahui bahawa pengambilan makanan juga mempengaruhi kesihatan kulit kita. Antara makanan yang harus dikurangkan pengambilannya bagi menjaga kesihatan kulit ialah makanan yang tinggi gluten, produk tenusu dan kekacang. Sebaliknya, pengambilan buah-buahan dan sayuran serta air yang banyak adalah digalakkan untuk memberikan vitamin dan nutrien yang cukup pada kulit serta membantu dalam pembuangan toksin badan.

Mudah, bukan? Mungkin agak remeh bagi sesetengah pihak, namun demi memperoleh kulit yang ‘flawless’ itu juga memerlukan pengorbanan. “Don’t let your skin control you, control your skin and show the beautiful you!”

Anda juga mempunyai kulit sensitif dan bermasalah? Jom kongsikan tips penjagaan kulit sensitif anda di ruangan komen!

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--