Tips Penjagaan Rambut Bagi Mereka Yang Bertudung

FARAH
3 min readApr 6, 2016

--

Biarpun sibuk dengan aktiviti harian di luar sana, penjagaan rambut adalah sangat penting dan perlu diambil kira, terutamanya bagi mereka yang bertudung. Hal ini kerana, rambut adalah mahkota bagi wanita.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips penjagaan rambut bagi mereka yang bertudung, diharap tips ini dapat membantu anda di luar sana.

1. Pilih shampoo dan perapi rambut yang sesuai

Pemilihan shampoo dan perapi rambut yang sesuai adalah amat penting bagi penjagaan rambut anda. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai tahap kesesuian shampoo dan perapi yang berbeza. Dan jika anda memilih shampoo dan perapi yang tidak sesuai dengan rambut anda, mungkin sahaja ianya memberi kesan yang buruk pada rambut anda.

Jika anda tidak sesuai dengan shampoo yang terdapat di pasaran, anda di galakkan untuk membeli shampoo yang menggunakan bahan — bahan semula jadi, seperti shampoo yang berasaskan herba.

2. Mencuci rambut

Mencuci rambut dengan menggunakan air sejuk boleh menyegarkan kulit kepala, berbeza jika anda mencuci rambut dengan menggunakan air panas. Jika anda memulakan hari — hari anda pada waktu pagi, anda tidak digalakkan mencuci rambut anda pada waktu itu. Hal ini kerana, jika anda mengenakan hijab dengan keadaan rambut yang masih basah, ia dapat memberi kesan buruk pada rambut anda dan membuatkan hari anda berasa tidak selesa.

Oleh itu, untuk mendapatkan keselesaan yang abadi, anda di galakkan untuk mencuci rambut anda pada sebelah petang atau malam, ketika anda sudah berada di rumah untuk beristirehat.

3. Mengeringkan rambut

Selepas membasuh rambut, langkah seterusnya adalah anda perlulah mengeringkan rambut. Anda di galakkan untuk mengeringkan rambut anda secara semula jadi, biarkan rambut anda di lepaskan dan bukan dengan membungkus rambut anda dengan menggunakan tuala.

Anda juga boleh menggunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan rambut anda. Tetapi anda tidak digalakkan untuk menggunakan alat tersebut dengan terlalu kerap kecuali jika anda mengejar masa sahaja. Hal ini kerana, kekerapan menggunakan alat pengering rambut membuatkan rambut anda menjadi terlalu kering dan kelihatan kusam.

4. Mengikat rambut

Anda tidak digalakkan untuk mengikat rambut anda dengan terlalu kuat. Hal ini boleh membuatkan rambut anda patah dan tidak kelihatan cantik seperti sediakala.

Jika anda berada di rumah, pastikan anda melepaskan rambut anda supaya angin meresap ke kulit kepala. Hal ini, dapat membantu kulit kepala anda sentiasa segar sepanjang masa.

5. Manjakan rambut anda

Rambut juga perlu dimanjakan, perlu dijaga dengan rapi. Bagi mereka yang berhijab, pasti akan selalu mengikat rambut ke belakang dan ianya boleh menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Oleh itu, salon adalah tempat yang sesuai untuk trim rambut serta memberi rawatan rapi pada rambut anda.

Adakah anda mengetahui rahsia-rahsia penjagaan rambut yang lain? Sila kongsikannya di ruangan komen die bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--