Tips Tampil Menarik Dengan Tudung dan Cermin Mata

Alya Zul
3 min readJun 24, 2016

--

Mereka yang bertudung dan berkaca mata sering kali berhadapan dengan masalah dalam mencari tudung yang sesuai. Ada yang mempunyai dilema apabila bertudung dan berkaca mata, bentuk wajah kelihatan lebih bulat. Dengan adanya pelbagai trend dan gaya tudung kini, berkaca mata dan bertudung tidak menjadi masalah lagi. Ini adalah lima tips mudah bagi wanita yang berkaca mata dan bertudung.

1. Tahu bentuk wajah anda

Sebelum anda membeli cermin mata pastikan anda mengetahui bentuk wajah anda. Pilih cermin mata yang seuai mengikut bentuk wajah anda. Jika anda mempunyai wajah berbentuk petak, bingkai yang sesuai dengan anda adalah bingkai bulat dan bujur. Manakala, jika anda di dalam kategori berwajah bulat, bingkai yang sesuai untuk anda adalah bingkai petak. Formula mudah adalah pilih bentuk bingkai yang bertentangan dengan bentuk wajah anda.

2. Pilih saiz bingkai yang sesuai

Kriteria ini adalah amat penting bagi yang bertudung. Saiz bingkai yang salah boleh menjadikan penampilan anda tidak menarik. Pakai tudung yang biasa anda pakai ketika membeli cermin mata untuk memastikan tudung tidak nampak kembang dengan cermin mata yang dipilih. Pastikan kelebaran bingkai tidak terlalu besar atau kecil. Saiz yang kecil boleh merosakkan spring bingkai manakala saiz yang besar akan mengakibatkan tudung nampak kembang.

3. Pilih temple yang halus

Bahagian temple yang halus dan lurus dapat mengurangkan rambut anda yang terkeluar, lebih-lebih lagi kepada para gadis mahupun wanita yang bertudung. Selain itu ia juga lebih praktikal apabila diselitkan pada anak tundung untuk keselesaan dan pemakaian jangka lama.

4. Pilih gaya longgar pada hijab

Gaya ini dapat membantu wajah anda tampak kurang berisi jika kacamata anda terlebih lebar. Outline wajah anda juga dapat disembunyikan dan mencipta ilusi kurang jelas dengan gaya ini.

5. Pilih fesyen hijab yang sesuai

Elakkan memadankan hijab yang terlalu banyak lilitan dengan kacamata. Pilih kombinasi fesyen tudung dan kacamata yang sesuai untuk wajah anda. Pakai kacamata di luar anak tudung juga memudahkan anda untuk menanggalkanya apabila tidak mahu memakainya.

Kini bertudung dan berkaca mata bukanlah dua fesyen yang bertentangan antara satu sama lain. Malahan, penambahan kaca mata dalam penggayaan seharian membuatkan anda tampil lebih menarik dan menawan. Dengan adanya tips ini, anda tidak perlu risau lagi untuk memilih kacamata yang sesuai dengan penggayaan tudung anda.

Adakah anda mempunyai tips lain yang ingin dikongsi bersama? Sila tinggalkan idea anda di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--